May 11th, 2012

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya…

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya…

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena…

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me’neraka’kan orang. Tetapi…mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan….

Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya..

May 10th, 2012
No plet moto ni untuk polis yang rabun.. ha ha ha

No plet moto ni untuk polis yang rabun.. ha ha ha

April 30th, 2012
Ya Allah, buatlah aku rela dengan keputusan-Mu, hingga aku tidak suka minta dipercepat apa yang kau tunda, dan minta ditunda apa yang kau percepat.
Doa Umar bin Abdul Aziz (via achmadlutfi)

(Source: kuntawiaji, via anisanafisah)

March 11th, 2012
khadimulquran:

Ramai wanita cantik perasan bahawa lelaki memandang dan berminat dengan mereka!!Ramai juga lelaki hensem perasan bahawa wanita melihat dan menaruh hati terhadap mereka!!Tetapi, mereka tidak sedar bahawa lelaki dan wanita yang baik serta beragama tidak memandang pada luaran semata-mata. Bahkan, akhlak dan pergaulan yang terjaga lebih menarik perhatian mereka. Mereka bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata.Justeru, jagalah dan pelihara baik² maruahmu wahai wanita yang manis dan cantik, dan jagalah akhlak dan agamamu wahai lelaki yang kacak dan rupawan.

khadimulquran:

Ramai wanita cantik perasan bahawa lelaki memandang dan berminat dengan mereka!!

Ramai juga lelaki hensem perasan bahawa wanita melihat dan menaruh hati terhadap mereka!!

Tetapi, mereka tidak sedar bahawa lelaki dan wanita yang baik serta beragama tidak memandang pada luaran semata-mata. Bahkan, akhlak dan pergaulan yang terjaga lebih menarik perhatian mereka. Mereka bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata.

Justeru, jagalah dan pelihara baik² maruahmu wahai wanita yang manis dan cantik, dan jagalah akhlak dan agamamu wahai lelaki yang kacak dan rupawan.

(via singlendoubleh)

chasingmardhatillah:

layunya sekuntum bunga kerana kekurangan air dan nutrien,layunya iman kerana kekurangan ilmu dan taqwa..

chasingmardhatillah:

layunya sekuntum bunga kerana kekurangan air dan nutrien,layunya iman kerana kekurangan ilmu dan taqwa..

(Source: awesomepictures.me)

Kalau dia tidak ditakdirkan untuk kita, boleh jadi dia bukan yang terbaik untuk kita atau boleh jadi kita bukan yang terbaik untuk dirinya.

Kalau dia bukan yang terbaik untuk kita, maknanya Allah dah sediakan orang lain yang paling baik dan sesuai untuk kita.
Kalau kita bukan yang terbaik untuk dirinya, maknanya Allah mahu kita ambil lagi sedikit masa untuk muhasabah dan perbaiki lompong yang ada pada diri kita.

Bersangka baiklah dengan Allah.
Dan, jangan bersedih :)

yang terbaik buat kita (via catatansebutirpasir)

(via catatansebutirpasir)

Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.
Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini ..

(via diariseoranghamba)

perkenankan ya Rabb ;(

(via islahnafsi)

(via mujahidah20)

February 24th, 2012
nourelhousna:

10 pesanan Rasulullah kepada Wanita1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) solehah. (Riwayat Muslim)2. Wanita yang memakai bau-bauan dan kemudian keluar melintasi lelaki ajnabi dengan niat mahu mereka mencium bau harumnya adalah perempuan zina. Dan setiap mata yang memandang juga adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)3. Wanita di kahwini kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka carilah yang kuat beragama. Nescaya kamu beruntung.4. Apabila wanita sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah di mana mana pintu syurga yang dia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suami dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat. Tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)6. Apabila seorang wanita lari dari rumah suaminya, tidak terima sembahyangnya sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya memohon maaf. (Riwayat dari Hassan)7. Wanita yang taat kepada suami, semua burung burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama dia masih taat kepada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).8. Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasulullah SAW : Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka di haramkan muka dan tangannnya dari bakaran api neraka.9. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.10. Ya Fatimah, jika seseorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya. Memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan di dapati kubur menjadi sebuah taman dari taman taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.♥

nourelhousna:

10 pesanan Rasulullah kepada Wanita

1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) solehah. (Riwayat Muslim)

2. Wanita yang memakai bau-bauan dan kemudian keluar melintasi lelaki ajnabi dengan niat mahu mereka mencium bau harumnya adalah perempuan zina. Dan setiap mata yang memandang juga adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3. Wanita di kahwini kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka carilah yang kuat beragama. Nescaya kamu beruntung.

4. Apabila wanita sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah di mana mana pintu syurga yang dia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suami dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat. Tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6. Apabila seorang wanita lari dari rumah suaminya, tidak terima sembahyangnya sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya memohon maaf. (Riwayat dari Hassan)

7. Wanita yang taat kepada suami, semua burung burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama dia masih taat kepada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8. Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasulullah SAW : Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka di haramkan muka dan tangannnya dari bakaran api neraka.

9. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

10. Ya Fatimah, jika seseorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya. Memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan di dapati kubur menjadi sebuah taman dari taman taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.♥

(via bil-istiqomah)

February 18th, 2012
ufocottoncandy:

Heroes never wanted status. Victims never asked for pain

ufocottoncandy:

Heroes never wanted status. Victims never asked for pain

(Source: ForGIFs.com, via hopelessnights)

February 16th, 2012

Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan, menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmat untuk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia, sedangkan aku masih belum menangis kerana aku lalai pada perintahNya T__T

halaqah.net (via islahnafsi)

(via tersenyum-melihat-langit)